Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain
yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu
perkumpulan mereka pada satu
tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat
selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan,
berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan
percampuran lelaki dengan lelaki,
tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama
dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki
adalah
HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.